Kategori Berita Utama

(Video) Azalina cabar Hanipa tuduh Peguam Negara berat sebelah

19 MAC: Ahli Parlimen PAS Sepang, Hanipa Maidin menghangatkan Dewan Rakyat apabila membangkitkan kemarahan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kerana mempersoalkan hak Peguam Negara dan pendakwaraya dalam mengemukakan rayuan berhubung sabitan dalam sesuatu kes mahkamah.

Hanipa yang membahaskan usul menyokong titah ucapan Yang di-Pertuan Agong membangkitkan tindakan Peguam Negara yang tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Abdul Razak Baginda daripada tuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shari’ibu.

Menurut Hanipa, Artikel 8 Perlembagaan Negara memperuntukkan mengenai Hak Sama Rata Setiap Rakyat Di sisi Undang-undang, tetapi beliau mendakwa layanan yang diberikan dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan ada perbezaan.

“Saya nak tanya ada perbezaan antara cara kita  mengendalikan kes (Ahli Parlimen) Permatang Pauh (Anwar) dengan kes yang jauh lebih teruk lagi iaitu kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia di mana kita lihat sampai sekarang tidak ada sesiapapun pembunuh Altantuya yang didakwa.

Hanipa Angkat TanganIa menyebabkan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said, yang juga seorang peguam bangun mencelah dan bertanya kepada beliau bukankah amalan perundangan di negara ini membenarkan proses rayuan sehingga ke peringkat tertingggi iaitu Mahkamah Persekutuan.

“Kalau betul ada hak untuk merayu kenapakah apabila Razak Baginda dibebaskan tidak dirayu,” jawap Hanipa menyebabkan Azalina sekali lagi bingkas bangun bersama Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Zahidi Zainul Abidin.

“Itu keputusan daripada Peguam Negara, jangan buat tuduhan seolah berniat jahat…saya nak setuju dengan Sepang ni main tuduh saja…proses mahkamah ini adalah proses keadilan, kalau tak nak rayu itu hak Peguam Negara tu Sepang, jangan confious (kelirukan) rakyat,” tegas Azalina yang berang dengan sikap Hanipa.

Azalina mencabar Hanipa membuat kenyataan menuduh Peguam Negara berat sebelah dalam dan di luar Dewan tetapi tidak disambut ahli parlimen PAS itu.

Zahidi pula bertanya Hanipa kenapa beliau mengaitkan kes liwat Anwar dengan kerajaan, Perlembagaan dan Barisan Nasional sedangkan kes berkenaan adalah antara Anwar dengan bekas pembantunnya Saiful Bukhari Azlan.

Azalina mendesak Hanipa menarik balik dakwaannya itu, namun Hanipa berdegil dengan mengaitkan pula nama Tun Ling Liong Sik yang disabitkan tidak bersalah oleh mahkamah dalam kes penyelewengan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).

Malah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamned Said  turut memberi amaran kepada Hanipa bahawa beliau masih tertakluk kepada peraturan subjudis atau menghina mahkamah, lantas menyebabkan Hanipa beralih kepada hujah lain.

Sikap Hanipa itu menunjukkan kedangkalan fikiran beliau kerana gagal memahami bahawa hak sama ada untuk merayu atau tidak dalam satu kes adalah hak mutlak pengadu serta perogatif Peguam Negara atau pendakwaraya jika pihak berkenaan berpendapat ada keperluan berbuat demikian.

Saksikan rakaman  video kekecohan yang tercetus akibat ceteknya fikiran Ahli Parlimen PAS Sepang itu ketika berbahas.-bbnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 March 2014 2:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: