Kategori Berita Utama

Video: Ini sebab Kit Siang digantung Dewan 6 bulan

28 MAC: Ahli Parlimen DAP Gelang Patah Lim Kit Siang digantung menghadiri sidang Dewan selama enam bulan selepas menimbulkan kekecohan dan mempersoal kuasa Speaker.

Sebelum itu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggunakan peraturan mesyuarat 44(2) mengarahkan veteran politik DAP itu keluar kerana terus mempertikai laporan atau syor persempadanan semula.

Bagaimanapun, Kit Siang enggan keluar dan mempersoal semula kuasa Speaker termasuk menggunakan perlembagaan mana menggenakan embargo kepaa laporan persempadanan semula.

Bentara mengiring Ahli Parlimen DAP Gelang Patah keluar Dewan Rakyat kerana mengganggu persidangan ketika pembentangan Persempadanan Semula Pilihan Raya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kemudian membacakan usul menggantung ahli parlimen Gelang Patah itu di bawah peraturan mesyuarat 44 (3).

Usul berkenaan disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Razali Ibrahim dan  diputuskan dengan lebih suara yang menyokong.

Isnin lalu Dewan Rakyat menggantung tiga ahli Parlimen DAP selama 10 hari kerana menghina Speaker dan Dewan.

Mereka adalah Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan V.Sivakumar (Batu Gajah).

Ikuti video rakaman perbahasan sehingga Kit Siang digantung Dewan, hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 March 2018 1:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: