Kategori Berita Utama

Video: Isu YAWAS terus hantui Teresa Kok

13 MAC: Penjelasan panjang lebar Teresa Kok bagi menjawab dakwaan kononnya wujudnya penyelewangan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang dikendalinya tidak bermakna beliau telah terlepas daripada isu yang sebelum ini didedahkan oleh Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Yunos.

Ini kerana Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dalam perbahasannya menjunjung kasih Titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini  sekali lagi menekankan isu penyelewengan tersebut.

Irmohizam berkata demi memperjuangkan nasib rakyat Selangor adalah menjadi kewajipannya mempersoalkan bagaimana seseorang yang telah muflis tetapi masih boleh dilantik menjadi pengarah yayasan tersebut.

Jelas Irmohizam jumlah dana yang diuruskan kira-kira berjumlah RM500 juta telah mencetuskan pelbagai persoalan kerana ia membabitkan soal intergriti seseorang itu menguruskan dana sebegitu besar jumlahnya.

Tambahnya ini kerana berdasarkan laporan Ketua Audit Negara telah merumuskan program di bawah YAWAS meragukan dan tiada dokumen lengkap dikemukakan.

Persoalan bertalu-talu yang dikemukakan ini telah menyebabkan Ahli Parlimen DAP Seputeh itu melenting dan bangun tanpa kebenaran dalam usahanya untuk mempertahankan diri.

Tindakannya itu telah ditegur Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamad Said kerana dianggap tidak menghormati peraturan dewan.

Saksikan video sikap tidak profesional Teresa.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 March 2017 7:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]