Kategori Berita Utama

(video) Larangan masuk Jepun: Anwar dan Hamzah berbalah

20 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan mengakui jasa kerajaan membantu proses kelancaran beliau masuk ke Jepun untuk kali kedua selepas terhalang pada 19 Januari lalu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak pernah membuat membuat permohonan bertulis kepada Wisma Putra sebalik mendakwa beliau dibenarkan masuk ke negara itu dan disambut baik.

Anwar-Hamzah bertelingkah “Tak ada kelulusan khas yang diberikan, tidak ada permohonan kepada Kementerian Luar yang saya buat, hanya makluman dan diluluskan tanpa syarat.

“Saya tidak isi apa-apa borang. (Kemasukkan saya) diluluskan dan disambut baik. Kalau kementerian Luar kata bagi kerjasama, saya ucapkan terima kasih, tetapi jangan mengelirukan kata kita minta kelulusan khas, bohong kerana tidak ada kelulusan khas dari kedutaan Jepun,” sanggah Anwar.

Beliau bangkit mencelah perkara itu ketika Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin memberikan jawaban berhubung pertanyaan ahli parlimen PKR Bukit Katil Shamsul Iskandar Mohd Akin di Dewan Rakyat, Khamis.

Ketua Pemuda PKR itu meminta kerajaan menjelaskan berhubung larangan Anwar dilarang masuk ke negara Matahari Terbit itu atas alasan ‘laporan tertentu’.

“Lain kali nak pergi ke negara sebegitu rupa, bagitahu kita Kementerian Luar, itu maksud saya. Kita akan bantu, tapi bila sudah dilarang, dan tak beritahu dengan kita, balik ke Malaysia baru panggil sidang media kata macam-macam tentang kementerian luar, maka macam mana kita nak bantu,” kata Hamzah.

Bagaimanapun, apabila jemputan sekali lagi dibuat dan diketahui Wisma Putra, Hamzah berkata, pihaknya menelefon Kedutaan Jepun.

“Kita tiap-tiap hari telefon, kerana kita tahu ketua pembangkang ini hebat orangnya, kita nak dia pergi Jepun bagi ucapan yang baik di sana, menjaga maruah negara, maka sebab itu kita beri bantuan dan kita telefon Kedutaan Besar Jepun untuk pastikan surat dah ada ke belum.”

“Mereka (kedutaan Jepun) kata surat dah sampai. Kita minta untuk berikan kelulusan secepat mungkin, kemudian Jepun kata dah hantar ke  Jepun serts imigrsennya akhirnya kata boleh pergi sekali lagi,” jelas Hamzah.

Tegasnya, itulah bantuan kerajaan melalui Kementerian Luar yang telah diberikan kepada Ketua Pembangkang” katanya.

Anwar yang kurang senang dengan timbalan menteri itu bangun mempertikaikan kenyataan Hamzah menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa permohonan secara bertulis kepada Kementerian Luar.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut menjelaskan, pemahaman Ketua Umum PKR itu jauh menyimpang dengan usaha kemeterian membantu beliau untuk masuk ke Jepun.

“Yang saya sebut itu adalah surat yang terima daripada Kedutaan Besar Jepun dan tidak ada kena mengena, pasal apa pula saya nak bohong Dewan, saya bukan orang yang suka menipu, cakap lain buat lain.

“Saya nak jelaskan apa yang saya sebut tadi adalah daripada penerangan yang telah diberikan kepada Kementerian Luar daripada Kedutaan Jepun, itu yang saya baca dan itu yang saya terangkan kepada rakyat,” jelas Hamzah.

Saksikan video Hamzah dan Anwar berbalah di Dewan Rakyat pagi Khamis.

Sebelum ini, mereka juga pernah bertikam lidah mengenai isu tuduhan Anwar kononnya kerajaan BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh yang didakwa untuk mengundi menyokong BN pada PRU 13.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2014 1:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: