Kategori Berita Utama

Video: Najib templak pembangkang tiada pendirian

27 OKT: Di akhir pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyindir pembangkang yang ternyata tidak pernah berpegang pada satu pendirian.

Dengan memetik kata-kata pepatah, Najib terus-terusan menemplak pembangkang dengan sahutan sokongan daripada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional.

“Maka, Tuan Yang Dipertua serta seluruh rakyat Malaysia, pada hemah saya, selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, inilah,….. belanjawan yang tidak pernah diperucapkan sedemikiannya, semenjak saya ambil alih tampuk kepimpinan negara ini kerana ianya bersifat holistik dan sarat dengan falsafah,… dan secara peribadinya boleh ditanda sejarah menjadi “IBU – SEGALA BAJET”.

“Sesungguhnya, saya bagi pihak Kerajaan berani berkata demikian, kerana pada Bajet kali ini, telah terhimpun dan terungkap dalamnya pelbagai premis yang menjadi asas kepada sebuah Bajet Komprehensif, mengambil hitung seawal kepentingan bayi yang masih dalam kandungan sehingga lahir ke dunia ini, sampailah urusan masa hadapan negara.

“Oleh semuanya itu, maka, ter-Nyahlah segala apapun bentuk Keraguan, yang cuba dipolemikkan oleh Pakatan pembangkang. Realitinya, pakatan pembangkang-lah sebenarnya yang selama ini, berada dalam Keraguan. Mereka ragu dengan kepimpinan mereka, mereka curiga-mencurigai antara satu sama lain, malah, mereka saling guna-memperguna sesama sendiri, dengan izin Tuan Yang Dipertua dalam Bahasa Inggeris there is no certainty in political leadership, how can they be trusted to provide a sound economic leadership.

“Waima, kononnya mahu menghapuskan BR1M, kini menyokong pula, nak meniadakan GST, tapi kini, nak mengekalkan pula dengan zero-rate dan tambah balik SST, nak memotong cukai itu dan cukai ini, nak menghapuskan pinjaman PTPTN, tapi kini ternyata nak diadakan kembali, nak memperkenalkan subsidi minyak, tapi kini beralih kepada subsidi bersasar,… dengan izin sekali lagi bak kata orang putih, THE ONLY THING CONSISTENT WITH THE OPPOSITION IS THAT THEY ARE CONTINUOUSLY IN-CON-SIS-TENT.

“Apa yang kita sering dengar, asyik-asyik U-turn,… asyik-asyik uturn,… and more u-turn,… sehingga segalanya membuat pemikiran rakyat dikeliru, didamak dan diracuni.

“Lalu, syukur setingginya dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Taala, kerana berkat kegigihan usaha Kerajaan selama ini, dikurniakan hasil bagi dituai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia sekalian.

Saksikan video penutup kemuncak pembentangan Bajet 2018.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 7:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: