Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Video parodi Avengers pelajar MARA tarik perhatian Hollywood

20 MAC: Video parodi bagi triller filem adiwira’ Avengers: Infinity War’ yang dibintangi oleh 12 pelajar Kolej MARA Seremban menjadi tular di media sosial sejak dimuat naik Ahad lalu.

Lebih mengejutkan, video berdurasi 2.20 minit dikongsi kali pertama menerusi akaun Twitter Aiman Sany, terus menarik perhatian ramai termasuk Russo Brothers  iaitu Anthony Russo dan Joe Russo yang mengarahkan filem berkenaan.

Semuanya bermula apabila Aiman menulis di Twitter: “Siapa yang buat lebih baik, Marvel Studios?

Ia kemudian dibalas oleh Russo Brothers: “Aiman, anda semua genius.  Adakah anda  mahu mengarah filem Avengers 5?.

Laporan MStar Online memetik Aiman Sany Mohd Ikhsan, 20, yang berkata video parodi itu dibuat sempena tugasan kelas mereka pada dua minggu lalu.

“Tugasan ini dibuat sempena subjek Inggeris yang memerlukan kami membuat apa saja video secara berkumpulan mengikut kreativiti masing-masing.

Ditanya berkenaan respons Russo Brothers, kesemua mereka tidak menyangka video itu mendapat komen pengarah filem berkenaan.

“Tentulah kami terkejut, tapi kami sedar yang kami ni biasa-biasa saja. Tak nak syok sendiri, apapun terima kasih,” kata Aiman.

Sehingga kini, video itu mendapat lebih 2.87 juta tontonan serta dikongsi oleh lebih 80,000 pengguna Twitter.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 5:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: