Kategori Berita Utama

Video pendedahan Ustaz Kazim dihina pemimpin PAS

2 DIS: Penceramah Ustaz Kazim Elias yang bertemu Perdana Menteri pada Isnin menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berhubung pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pertemuan sejam dengan Presiden UMNO itu, Ustaz Kazim menyifatkan perbincangannya dengan Najib di menara Parlimen pagi ini mengenai isu pelantikan itu dengan mereka saling bertukar pandangan serta pendapat.

ustazkazimpc1

Ustaz Kazim umum keluar PAS selepas jumpa Perdana Menteri

Bagaimanapun, beliau mnyerahkan kepada Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai keputusannya sama ada menerima atau menolak pelantikan tersebut.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, beliau turut mengumumkan keluar daripada PAS.

Beliau amat kesal dan kecewa kerana pemimpin PAS memburuk-burukkan beliau termasuk dipanggil ‘kambing yang akan dimakan serigala’ serta ‘anak babi’.

Menurutnya, fitnah dan tohmahan itu semakin `menjadi-jadi’ selepas dirinya ditawarkan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sehingga ada yang sanggup menggelarnya sebagai binatang, munafik dan barua UMNO.

ustazkazimpm

Ustaz Kazim tiba di Parlimen untuk berjumpa Najib

“Belum pun saya belum beri kata putus terima atau tolak (Majlis Tertinggi UMNO), saya diserang dengan kata-kata, digelar binatang, munafik. Ada pimpinan PAS kata saya seperti kambing yang akan dimakan serigala, agamawan bercelaru, seolah-olah akan jadi berhala atau patung sembahan dalam UMNO dan macam-macam.

“Ini menggores hati saya. Kesabaran pun ada hadnya. Tetapi saya sudah lama berkecil hati dengan PAS. Serangan terhadap saya bermula pada 2004 sedangkan saya aktivis PAS. Mereka boikot kata saya anjing UMNO, macai UMNO, barua UMNO sedangkan saya tak pernah jadi ahli UMNO,” katanya.

Beliau turut kecewa kerana PAS bukan lagi seperti zaman Allahyarham Datuk Ustaz Fadzil Noor lagi

Untuk berita lanjut saksikan video rakaman penuh temubual Ustaz Kazim bersama BNBBC.MY ini.-BNBBC.MY

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 December 2013 7:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: