Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Video pengundi Bangladesh: Telefon bimbit Ratu Naga dirampas

2 FEB: Aktivis pembangkang, Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah diambil keterangan selama lima jam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Pejabat Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Syarul Ema berkata, dia hadir bersama dua peguamnya kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk diambil keterangan berhubung sebuah video melibatkan isu pengundi warga Bangladesh.

“Proses ambil keterangan berjalan dengan baik dan saya sedia memberi kerjasama. Buat masa sekarang, saya sedang menantikan tindakan seterusnya daripada SKMM,” katanya.

Proses mengambil keterangan dijalankan enam pegawai SKMM termasuk tiga pegawai forensik.

SKMM turut merampas telefon bimbit dan kad sim milik Syarul Ema.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 February 2018 5:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: