Kategori Berita Utama

Video: Rahman sekolahkan MP DAP, kutip fakta tepi jalan

20 MAC: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi amaran kepada ahli-ahli parlimen DAP supaya tidak mengutip fakta di tepi jalan tanpa membuat kajian selanjutnya tentang sesuatu isu.

Abdul Rahman ketika berbahas berkata laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report yang menjadi kiblat kepada pembangkang mampu mengelirukan rakyat dan mengeluarkan fakta yang salah.

Ia berikutan Ahli Parlimen DAP Kampar, Ko Chung Sen dalam soalan tambahannya meminta kerajaan menjelaskan mengapa kerajaan membelakangkan rakyat dalam isu pembiayaan projek Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dimana syarikat tersebut mendapat tawaran istimewa dari Petronas dengan mendapat pegangan ekuiti 50 peratus.

“Semua Yang Berhormat boleh tanya soalan, kalau YB ini boleh baca, baca juga dalam laman web Petronas, tak adalah keluar kenyataan yang ‘low standard’, fakta semua berterabur, ini yang membimbangkan kita, kenyataan ini akan menyebabkan pelabur di luar negara rasa kita ni paria.

“Saya minta tanya soalan yang berkualiti jangan kutip cerita dari Sarawak Report dan Wall Street Journal,” kata Abdul Rahman ketika menjawab pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dua lagi ahli parlimen DAP yang turut membangkitkan isu itu dengan soalan-soalan yang dilihat tidak masuk akal adalah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong.

Ikuti video bagaimana Rahman memberi penerangan berhubung projek Saudi Aramco persis seorang guru.

Share This:




Berita Bertarikh pada 20 March 2017 12:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]