Kategori Berita Utama

Video:Pandikar luah rasa kecewa dalam ucapan akhir di Parlimen

5 APRIL : Dalam ucapan terakhir Parlimen Penggal ke 13 di Dewan Rakyat hari ini, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluahkan rasa kecewa dengan tindak tanduk segelintir ahli parlimen yang mencabar kredibiliti sebagai Speaker.

Ini kerana ketika ucapan perasmian penggal ke 15, lima tahun lalu beliau telah mengingatkan semua ahli parlimen supaya bersidang dengan tertib dan tidak melanggar peraturan mesyuarat.

Dalam ucapan pada hari terakhir persiangan itu, Pandikar ternyata kesal dengan perbuatan tersebut termasuk tindakan ahli parlimen DAP dan PAN yang dilihat tidak beradab ketika perbahasan termasuk menggesa Speaker supaya meletakkan jawatan.

Nampak jelas dalam teropong,

Biji kelapa terapung-apung,

Speaker keras macam tempurung,

Kalau dicabar terus menyorong,” bidasnya dalam bentuk pantun.

Pandikar dalam masa yang sama turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi peluang kepadanya untuk membuat beberapa pembaharuan dan transformasi dalam Institusi Parlimen.

“Itu janji saya  pada ketika itu untuk laksanakan perubahan dan memartabatkan Institusi parlimen, saya bersyukur kepada Allah janji saya laksanakan pelan tranformasi Parlimen.

“Dalam hal ini saya ingin merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas sokongan persetujuan transformasi Parlimen yang diusahakan, pindaan beberapa peraturan yang diluluskan dalam sesi persidangan telah diterima baik oleh semua ahli parlimen bagi membolehkan anjakan baru bersesuaian dengan kaeadaan sekarang,” ujarnya.

Bagi pihak kerajaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut merakaman ucapan terima kasih kepada Pandikar diikuti Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi ahli-ahli parlimen PH.

Kedua-dua mereka juga menyatakan sokongan Pandikar kekal sebagai Speaker Dewan Rakyat paa penggal akan datang kerana berjaya menjalankan tugas secara profesional dan membawa pembaharuan kepada institusi Parlimen.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2018 2:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: