Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Vietnam gantung Ops SAR MH370 di udara

12 MAC: Vietnam menggantung operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari udara manakala operasi pencarian di laut turut dikecilkan skalanya sementara menunggu Malaysia menjelaskan hala tuju baru dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang secara tiba-tiba pada Sabtu lepas.

“Kami telah membuat keputusan untuk menggantung sementara beberapa aktiviti mencari dan menyelamat, sementara menunggu maklumat daripada Malaysia,” lapor agensi berita AFP.

AFP memetik kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan Vietnam, Pham Quy Tieu.

“Kami sudah bertanya kepada pihak berkuasa Malaysia dua kali, tetapi sehingga sekarang mereka tidak memberi jawapan kepada kami,” kata Pham Quy Tieu apabila ditanya tentang laporan tersebut.

Radar MH370Sementara itu Malaysia telah memperluaskan pencarian untuk pesawat yang hilang itu ke Laut Andaman, ratusan kilometer ke arah barat laut dari radius pencarian semula.

Sebelum ini akhbar Berita Harian melaporkan bahawa pencarian digerakkan ke kawasan perairan Selat Melaka, berhampiran Pulau Perak, susulan ada isyarat yang diterima oleh Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth.

Namun, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud menafikan laporan itu sambil berkata akhbar tersebut tersalah lapor.

Sehingga ini, nasib pesawat itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dari 14 negara termasuk Malaysia, masih tidak lagi diketahui.

Pesawat MH370 yang sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi Sabtu dilaporkan hilang dari radar kira-kira pukul 1.40 pagi Sabtu.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2014 1:26 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: