Kategori Berita Antarabangsa

Vokalis Linkin Park bunuh diri

21 JULAI: Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam, dipercayai akibat membunuh diri.

Memetik laporan AFP, Pejabat koroner Los Angeles berkata mereka menerima panggilan jam 9 pagi waktu tempatan yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.

Ketua Operasi pejabat berkenaan, Brian Elias berkata kes berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri.

Sementara itu, pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau di akaun Twitter berkata: “Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia benar”.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Bennington secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Arizona.

Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.

Kemarahan beliau itu disalurkan kepada muzik beraliran ‘heavy metal’ tetapi Linkin Park adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik ‘nu metal’ yang menggabungkan struktur pop dan hip hop, membabitkan selingan lagu rap oleh Shinoda.

Pada Mei lalu, Bennington juga pernah melahirkan rasa sedih yang begitu mendalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan Soundgarden, Chris Cornell.

Linkin Park sepatutnya memulakan siri jelajah mereka minggu depan yang akan membabitkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York bersama beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 July 2017 11:43 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: