Kategori Berita Antarabangsa

Wabak ebola di Congo masih ada

13 JUN: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom menggesa pemantauan lebih ketat dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DR Congo), walaupun setakat ini tiada kes terbaharu dilaporkan di negara itu.

Sehingga kini, wabak itu sudah meragut nyawa 27 mangsa di DR Congo dan ia adalah yang kesembilan berlaku di negara itu, sejak 1976.

“Berdasarkan statistik, apa yang boleh kami katakan ialah situasi sudah kembali stabil tetapi ‘perang’ masih belum tamat, jadi kita perlu terus berjaga-jaga dan memantau keadaan.

“Satu lagi kes dilaporkan di kawasan bandar boleh mencetuskan kembali wabak,” katanya selepas menamatkan lawatan tiga hari ke DR Congo.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas WHO dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memulakan imunisasi terhadap pekerja barisan hadapan sejak 21 Mei lalu, menggunakan vaksin yang sebelum ini menunjukkan keberkesanan dalam sesi ujian awal.

Bagaimanapun, vaksin itu masih menunggu kelulusan pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Adhanom berkata, setakat ini lebih 2,000 individu di wilayah Equateur yang dilanda Ebola sudah menerima suntikan vaksin. – AFP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2018 8:51 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: