Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wahid Omar penerima pertama Myvi 2018

21 NOV: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjadi pelanggan serta penerima pertama model terbaharu Perodua Myvi sejak dilancarkan minggu lalu

Memetik laporan Astro Awani, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu dilaporkan berbangga dan menyatakan bahawa kereta berkenaan bakal digunakan oleh keluarganya.

Lebih menarik, plat nombor pendaftaran juga unik dan seakan sama dengan nama beliau iaitu ‘WA41D’.

Bagaimanapun portal itu tidak menyatakan bila Wahid menerima kereta berkenaan.

Sementara itu, sehingga 17 Nov lalu, Perodua mengesahkan sudah menerima tempahan terhadap model baharu Myvi sebanyak 6,000 unit.

Kereta jenis itu dibuka untuk tempahan sejak awal bulan ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 November 2017 1:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: