Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wajib periksa pendawaian elektrik kediaman setiap 10 tahun

29 NOV: Suruhanjaya Tenaga kini dalam peringkat akhir untuk meminda Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 yang akan mewajibkan semua kediaman diperiksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata perkara tersebut akan dibawa ke Parlimen untuk kelulusan bagi membolehkan peraturan itu berkuat kuasa mulai tahun hadapan.

“Cadangan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Elektik 1994 pada masa ini adalah di peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Oleh itu, tarikh pindaan masih belum diputuskan,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tenaga juga berkata sejak tahun 2002, sebanyak 914 kemalangan elektrik telah dilaporkan dan 15.5 peratus melibatkan premis kediaman.

Bagi tahun ini, 49 kes dilaporkan dengan separuh daripadanya melibatkan kemalangan jiwa.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 November 2017 10:15 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: