Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wakil PAS dituntut mohon maaf kaitkan bomoh dengan UMNO

18 MAC: Ada ahli parlimen pembangkang masih menonjolkan kedangkalan mereka ketika berbahas di Dewan Rakyat isu kehilangan pesawat MAS MH370 apabila mengaitkan kehadiran bomoh di KLIA dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sebelum ini,  ahli-ahli parlimen BN sudah menegur wakil rakyat pembangkang yang membuat tuduhan tersebut tetapi apabila ahli parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Yusuf mengulangi perbuatan sama, tindakan itu ibarat senjata makan tuan.

MP Rantau bodohBeberapa ahli parlimen BN bangun menuntut Siti Zailah mengemukakan bukti dakwaannya itu dan mahu beliau menarik balik tuduhan kononnya kehadiran bomoh Ibrahim Mat Zin di KLIA ada kaitan dengan BN serta UMNO.

Walaupun tidak diberikan laluan, ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman, ahli parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya dan Kalabakan Datuk  Abdul Ghapur Salleh terus mendesak Siti Zailah.

Namun, beliau terus berhujah dan tidak membenarkan ahli-ahli parlimen BN untuk mencelah.

Bagaimanapun, ahli parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang diberikan laluan mencelah turut ditegur oleh ahli parlimen BN.

MP Rantau Bodoh KenaIni menimbulkan kekecohan dan pertikaman lidah kedua-dua pihak sehingga ditegur Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said.

Menurutnya, beliau sengaja membiarkan gelagat ahli-ahli parlimen supaya dapat dilihat oleh kumpulan pelajar yang hadir menyaksikan sidang berkenaan.

Ismail menyifatkan pertelagahan itu amat memalukan dan menunjukkan ada ahli parlimen tidak  mempunyai etika ketika berdebat mengenai sesuatu isu.

Sementara itu ahli parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad yang turut mengambil bahagian membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang Di Pertuan Agong, mahu kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian BR1M.

Sambil berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan bantuan itu yang turut diterima kira-kira 17,000 orang yang layak di kawasannya, Normala khuatir ada penipuan oleh sesetengah pihak yang mahu bantuan itu.

Katanya, ada yang mempunyai kereta mewah turut menerima BR1M.

Menurut Normala, golongan yang berniaga sendiri dan tiada slip gaji didapati turut memohon bantuan.

Dalam BR1M 3.0, kira-kira 6 juta permohonan layak mendapat bantuan tersebut yang diberikan secara berperingkat bermula 23 Februari lalu.

Saksikan video Siti Zailah diasak ahli parlimen BN kerana tuduh UMNO terbabit dengan bomoh mencari pesawat MH370. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2014 5:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: