Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wakil Residen PBB serah surat lantikan

24 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menerima kunjungan Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) bagi Malaysia yang baru Michelle Gyles-McDonnough di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra.

Ketika kunjungan itu, Gyles-McDonnough yang mengambil alih tugas Kamal Malhotra yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Mac 2013 menyerahkan surat pelantikannya kepada Perdana Menteri.

Gyles-McDonnough, yang tiba di Malaysia Julai lepas, dijangka bertugas di sini selama tiga tahun.

Beliau juga adalah Wakil Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP) bagi Malaysia, Singapura dan Brunei.

Gyles-McDonnough pernah bertugas sebagai penasihat program di Pejabat Eksekutif UNDP di New York dari 2005 hingga 2008.

Tugas terakhir beliau sebelum pulang ke Caribbean pada 2008 ialah sebagai Penyelaras PBB dan Wakil Residen UNDP bagi Barbados dan Pertubuhan Negara Caribbean Timur (OECS).-bnbbc.my

Najib menerima surat lantikan Michelle Gyles-McDonnough (kanan) sebagai Penyelaras ResidenPBB di Malaysia.

Najib menerima surat lantikan Michelle Gyles-McDonnough (kanan) sebagai Penyelaras ResidenPBB di Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 January 2014 5:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: