Kategori Berita Utama

Walau DAP serah kepada PAN, Melayu Johor tetap tolak

13 JAN: Meskipun pembahagian kerusi parlimen Pakatan Harapan (PH) terutama di Johor sudah dibuat, namun tindakan DAP yang secara tiba-tiba memberikan Ayer Hitam kepada PAN untuk ditandingi menimbulkan persoalan.

Ia sekaligus mengesahkan kertas kajian oleh Institut Yusof Ishak, Singapura yang menunjukkan bahawa orang Melayu di Selatan menolak parti sepihan PAP itu daripada meneruskan kemaraan di negeri itu.

Dalam kajian yang dikeluarkan kelmarin, 85 peratus orang Melayu Johor tidak berpihak kepada DAP.

Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Sekijang Anuar Abdul Manap turut senada dengan hasil kajian berkenaan.

“Mereka menyebut istilah taktikal kerana melihat di Ayer Hitam majoriti pengundi adalah Melayu. Apa yang mereka tidak sedar ialah walaupun kerusi itu diberikan kepada PAN, saya amat yakin pengundi Melayu di Ayer Hitam masih tidak lupa bahawa parti itu juga dibawah PH dan dibawah pengaruh DAP.

“Dan sekali lagi terserlah bahawa DAP yang menguasai PH terutama di Johor apabila dengan mudah boleh menukarkan kerusi yang mereka terima tanpa merujuk kepada dua lagi pimpinan parti komponen,” katanya kepada BNBBC. My portal.

Semalam, Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata tindakan penyerahan kerusi kepada PAN merupakan satu percaturan taktikal dari PH untuk mengukuhkan peluangnya merampas kerusi tersebut daripada BN.

Pada ketika ini, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong menyandang kerusi berkenaan dna dijangak mempertahankannya.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad dilaporkan berkata partinya masih meneliti sebelum menerima tawaran DAP.

Dengan itu jelas Anuar lagi beliau yakin BN Johor sudah bersedia dengan peperangan melawan pembangkang dalam PRU-14.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata penyerahan Ayer Hitam bermakna keputusan pembahagian kerusi parlimen oleh pembangkang tidak konsisten.

“Saya tengok yang ini menunjukkan bahawa PH tak sefahaman, berebut kerusi dan DAP yang sebenarnya mempunyai kuasa.

“Tukar keputusan yang dipersetujui dalam pengagihan kerusi yang ditentukan diperingkat PH pusat, ” katanya.

Pada Ahad, PH mengumukan pengagihan kerusi Parlimen di semenanjung iaitu PPBM (52) , PKR (51) DAP (35).

Namun PAN hanya diberikan 27 kerusi yang termasuk dua di Johor iaitu Pulai dan Parti Sulong.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 3:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: