Kategori Berita Utama

W.Azizah, Azmin bertemu Hadi bukti tak yakin gabungan PH

13 OGOS : Pertemuan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Azmin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan PKR tidak yakin dengan PAN dan PPBM.

Kenyataan itu secara jelas dibuat Pegawai khas perdana menteri, Datuk Rizal Mansor dengan berkata gabungan pembangkang itu sebenarnya masih berharap pada PAS untuk menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Krisis ketidakyakinan sesama mereka antara PKR, PAN (Amanah) dan PPBM tidak boleh diselindungkan lagi. Mengikut cacatan, Dr Kamarul Yusoff semalam, ucapan pemimpin PAN sewaktu merasmikan Konvensyen PAN Kelantan menunjukkan hubungan yang begitu tegang antara ketiga-tiga parti berkenaan.

“Malam tadi, Presiden dan Timbalan Presiden PKR seolah-olah mengesahkan apa yang diucapkan oleh pemimpin PAN di Kelantan dan apa yang dicatatkan Dr Kamarul Yusoff adalah benar. Apabila kedua-dua pimpinan tertinggi PKR itu mengadakan kunjungan ‘ziarah’ ke atas Presiden PAS.

“Ianya cukup untuk menunjukkan kepada PAN dan PPBM bahawa PKR masih mengharapkan PAS untuk menghadapi PRU akan datang. Dalam erti kata lain PKR tidak meyakini PAN dan PPBM,” kata Rizal sambil mendakwa hubungan PKR dengan PAN dan PPBM dalam PH semakin tegang.

Semalam, Hadi menerima kunjungan Wan Azizah dan timbalannya, Azmin.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin.

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci dinyatakan mengenai tujuan dan hasil pertemuan tersebut.

PAS pada 30 April lalu memutuskan kerjasamanya dengan PKR dan bertindak keluar daripada gabungan Pakatan Rakyat yang turut disertai DAP.

PKR dituduh melanggar syarat “tahaluf siyasi” seperti menyokong Amanah dan menentang PAS dalam pilihan raya, dan dilihat bersama DAP menentang keras usul Hadi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, PAN dan PPBM sepatutnya berkecil hati dengan PKR kerana mengkhianati kawan dalam PH.

“PAN berhak merasa kecil hati dengan tindakan PKR yang bermain di belakang mereka. Dalam masa yang sama, PAS juga berhak merasa bangga kerana bekas pasangannya terus gila talak,” katanya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 13 August 2017 2:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]