Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Betulkah PKR bukan parti Yes Man

15 MAC: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan manifesto beliau dengan alasan salah satu cara untuk menegur parti kerana PKR  bukan parti ‘Yes Man’. 

Presiden PKR itu berkata, parti mereka terbuka untuk menegur segala kesalahan dan kepincangan yang wujud bagi memastikan parti mereka terus kekal relevan.

Beliau berkata demikian di dalam ceramah kempennya di Taman Maju Satu di hadapan kira-kira 200 penyokong Pakatan Rakyat bagi menjawab kepada kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“Kita Pakatan Rakyat. Kita ini bukan ‘yes man’.. Pakatan Rakyat boleh kritik satu sama lain untuk membina, memperbaiki keadaan.. Bukan macam parti sana.

kakwanmeifun“Sekurang-kurangnya kalau kita boleh perbaiki di Selangor ini, apa salahnya saya kritik untuk rakyat Kajang.. kalau tidak tak bercakap apa-apa.. Semua baik belaka,” katanya.

Liow sebelum ini berkata, tindakan Wan Azizah yang menabur manifesto baru kepada rakyat memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan PKR di Selangor.

Menurut beliau, manifesto itu direka baru khusus untuk meraih pengundi dalam PRK Kajang sekali gus memberikan harapan lain kepada rakyat bagi menutup kelemahan dan kekurangan kerajaan negeri yang gagal menyelesaikan masalah rakyat.

Bagaimanapun, Wan Azizah menafikan perkara tersebut dan mempertahankan tujuan beliau mengemukakan manifesto baru adalah untuk memperjuangkan hak rakyat di Kajang.

“Apa salahnya kalau saya kritik lalu lintas? Hari penamaan calon (tempoh hari) saya nak pergi ke pusat penamaan calon, jalan sesak. Sehinggakan saya naik motor. Sekurang-kurangnya saya tahu kesesakan di Kajang jadi saya akan cuba sedaya upaya.. Kita selesaikan lalu lintas di Kajang,” tambahnya lagi cuba untuk meyakinkan penyokong PR yang hadir.

Ini jelas bertentangan dengan tujuan utama Kajang Move dilancarkan dimana PKR Selangor berkeinginan untuk menggugurkan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.

Kemelut di Selangor memuncak apabila Khalid enggan menerima pandangan dan berbincang dengan parti sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung negeri termasuk yang terkini berkaitan perjanjian persefaham (MOU) penstrukturan semula air bersama kerajaan pusat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awalnya merupakan calon di DUN Kajang yang juga merupakan inidvidu yag bakal mengambil alih tempat Khalid selaku pemimpin nombor satu negeri Selangor.

Anwar turut dibidas di dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini apabila Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan Anwar sebagai zalim ekoran menyusun strategi Kajang Move yang bertujuan untuk menggugurkan Khalid.

Noh berkata, tindakan itu berpunca kerana Khalid enggan menerima nasihat dan pandangan Anwar selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Jika ditelitim jawapan Wan Azizah hanya retorik politik kerana apa yang berlaku dalam PKR Selangor membuktikan siapa buka mulut boleh kena gugur jawatan macam isu Azmin dalam PKNS. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2014 12:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: