Kategori Analisa Isu Semasa

WAN AZIZAH ‘KENA JUAL’ LAGI

23 MAC: PRU 14, mungkin empat tahun lagi tetapi pembangkang terus bermimpi mahu menawan Putrajaya seolah-seolah dapat dicapai setiap pagi sebaik bangun tidur.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang tetap tidak mahu menerima hakikat – mimpi itu hanya mainan tidur.

Berbanding dengan PAS, selepas PRU 13 gerakan politik mereka lebih perlahan kerana Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar, walaupun mereka tidur sebantal tetapi mimpi masing-masing amat berbeza.

Kecuali beberapa kerat pemimpin profesional dalam PAS yang begitu taksub kepada Anwar, selebihnya nampak terbuka menerima hakikat Barisan Nasional masih kukuh –sukar untuk mereka tawan sama ada secara nyata mahupun didalam mimpi.

wanlimanwarKerana kemaruk mahu ke Putrajaya, PKR merancang Kajang Move bagi memenuhi kehendak politik mereka tanpa memikirkan rakyat.

Entah apa rasionalnya, PRK DUN Kajang dikaitkan dengaan langkah ke Putrajaya.

Patutlah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahatihr Mohamad menyifatkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding di Kajang ‘salah jalan’ kerana kerusi DUN itu tidak boleh membawa langkah Wan Azizah ke Putrajaya kecuali Presiden PKR itu bertanding kerusi parlimen.

Namun agenda Kajang Move tersekat seketika dengan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar atas kesalahan meliwat pada tahun 2008.

Bagaimanapun, strategi itu berjalan seperti biasa dengan dua agenda; untuk menawan Putrajaya dari Kajang dan juga untuk menggugurkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Lantas Wan Azizah dipertaruhkan PR mahu memenuhi agenda berkenaan.

Dalam pelancaran Himpunan Reformasi 2.0 yang diadakan di Stadium Kajang pada Jumaat malam, Lim begitu yakin berkata kepada penyokong-penyokong mereka bahawa Wan Azizah adalah calom perdana menteri wanita pertama Malaysia.

Beliau mengambil kira keupayaan Presiden PKR itu menewaskan calon Barisan Nasiona (BN) Datin Paduka Chiew Mei Fun  di Kajang  sekali gus mengorak langkah mereka ke Putrajaya untuk menguasi pentadbiran negara.

Tanpa disedari, mungkin ramai setuju bahawa Wan Azizah sudah ‘kena jual’ oleh Anwar dan Lim.

Memang Anwar akan buat apa sahaja demi ke Putrajaya tetapi bagi DAP, tanpa PKR impian mereka menumpang jijahkajangkerusi di Putrajaya tidak akan kesampaian.

DAP tidak boleh berharap kepada PAS kerana ada pemimpin parti itu menegaskan, Hadi juga layak jadi Perdana Menteri begitu juga jika ada perubahan kerusi Menteri Besar di Selangor, pemimpin PAS juga layak mengisi jawatan itu.

PAS tentu tidak mudah diajak berkompromi dengan DAP  dan kerana itu Lim muncul dengan idea mahu menobatkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri wanita yang pertama.

Sebab itu DAP dalam apa juga keadaan akan mengutamakan PKR terlebih dahulu  dalam memegang tampuk kepimpinan kabinet bayangan pembangkang bagi memudahkan mereka berselindung di sebalik agenda politik parti itu.

Justeru itu, dalam PRK Kajang nama Wan Azizah dijual bagi memberi mesej kepada pengundi sebagai calon yang bakal diangkat menjadi Perdana Menteri seandainya mereka berjaya menakluki Putrajaya.

Namun, apakah PAS selaku parti gandingan mereka sudah dirujuk  sebelum Lim memutuskan demikian dan Adakah PAS akan bersetuju dengan calon yang dikemukakan Lim?

Disebalik semua ini, ianya hanya memberi gambaran DAP lebih berkuasa dalam PR manakala PKR hanya jadi boneka dan PAS sebagai alat bagi memenuhi politik DAP.

PKR akan kekal sebagai boneka yang dikawal oleh DAP di belakang pentas politik mereka dengan air mata Wan Azizah di hadapan penyokong penyokong tegar nya seperti berlaku ketika Reformasi pertama dahulu.. .

Malangnya seperti kata Naib Presiden UMNO, apa yang dibayangkan Lim hanya mimpi di siang hari kerana BN masih kekal parti yang kukuh.

Dan lebih malang, Wan Azizah dan air matanya akan terus ‘kena jual’ oleh DAP dan PKR selepas ini jika Anwar tidak dapat meneruskan langkah ke Putrajaya sekiranya hukuman penjara lima tahun dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 March 2014 9:55 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: