Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wan Azizah lebih sesuai portfolio kesihatan

18 MEI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail lebih sesuai diberikan portfolio kesihatan kerana beliau seorang pengamal perubatan berkelayakan tinggi.

Pengerusi MCA Perak Datuk Dr Mah Hang Soon dalam satu kenyataan hari ini berkata, Wan Azizah  lulus sebagai pakar mata dari Royal College of Surgeons di Ireland yang menanugerahkannya Pingat Emas untuk kemahirannya dalam bidang obstetrik dan ginekologi.

“Beliau juga mempunyai pengalaman selama 14 tahun berkhidmat sebagai doktor kerajaan, dan oleh beliau paling sesuai untuk melakukan perubahaan sebarang kelemahan di kementerian kesihatan selain memajukan sektor kesihatan di Malaysia,” katanya.

Mah berkata MCA Perak menawarkan kritikan membina kepada pentadbiran negara, walaupun cadangan itu bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menghalang perdana menteri daripada memegang dua portfolio.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang lagi doktor perubatan, menamakan dirinya sebagai menteri pelajaran atas alasan beliau mempunyai preskripsi untuk menyembuhkan sistem pendidikan yang sakit.

Bagaimanapun, di dalam senarai baru Kabinet yang diumumkan, Dr Mahathir hanya kekal dengan jawatan Perdana Menteri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 8:48 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: