Kategori Berita Utama

Wan Azizah ‘panas telinga’ KJ sifatkan beliau boneka

12 MAC: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nampaknya ‘panas telinga’ apabila  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan beliau sebagai boneka dan patung Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mengantikan Ketua Pembangkang itu bertanding di PRK Kajang.

Beliau menegur Khairy supaya  lebih menghormati orang yang lebih tua dan berhati-hati dalam membuat kenyataan.

Dalam ceramah di Taman Koperas Cuepacs, Kajang Rabu malam, Wan Azizah memperlekeh ahli Parlimen Rembau kononnya tidak matang walaupun berkelulusan luar negara dan mempunyai kedudukan dalam  kerajaan.

“Tolong hormat orang tua. Anda (Khairy) dah diberikan ganjaran yang baik, dapat belajar di luar negeri, tolonglah ada sedikit hormat terhadap orang yang tertindas. Tak pernahkah kamu rasa derita.

meifunazizah

Chew dan Azizah bertembung di PRK Kajang

“Kalau orang menderita kamu pula tidak sedikit pun mempunyai rasa, apakah ini dikatakan pemimpin anak muda yang tidak merasa derita rakyat,” katanya.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan sewaktu berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, semalam mendakwa Azizah hanyalah ‘boneka’ dalam permainan politik yang dicipta partinya.

Beliau turut mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan usaha Pakatan Rakyat untuk ‘menagih simpati’ pengundi dalam PRK DUN tersebut, 23 Mac ini.

Azizah yang juga Presiden PKR menggantikan Anwar sebagai calon di Kajang, selepas suaminya itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan yang didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Peletakan Azizah sebagai calon pengganti dilihat pelbagai pihak, termasuk penganalisis politik, sebagai usaha PKR untuk meraih ‘undi simpati’ di atas kejadian yang berlaku ke atas Anwar.

Bagaimanapun, Azizah menafikan beliau bertanding untuk meraih simpati.

“Saya tahu orang Kajang tidak bodoh, tidak buta melihat ketidak adilan berlaku. Anda boleh tengok dan nilai untuk kita sama-sama fikirkan apa kita sepatutnya buat,”ujar Azizah.

Azizah dan berdepan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada pemilihan 23 Mac ini bagi mengisi kerusi DUN Kajang yang dikosongkan bekas Adun PKR Lee Chin Cheh awal Febaruari lalu.-bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2014 12:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: