Kategori Berita Utama

Wan Azizah tak layak calon TPM, gadai maruah negara

20 JAN : Pemilihan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri yang tidak diterima ramai dalam PH bukan sahaja menimbulkan masalah dalaman, malah ia turut menyebabkan perpecahan dalam parti gabungan itu.

Namun masalah tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana pemilihan calon Timbalan Perdana Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah turut menimbulkan persoalan namun banyak pihak yang mendiamkan kerana simpati terhadapnya sebagai isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Salawati Mat Basir secara jelas Wan Azizah tidak langsung mempunyai ciri kepimpinan yang baik untuk ditonjolkan dalam pentadbiran kerajaan akan datang jika mampu merampas Putrajaya nanti.

“Secara peribadinya Wan Azizah tak nampak kredibiliti sebagai Timbalan Perdana Menteri, ini lebih simpati dan nak nampakkan penyatuan Tun Mahathir dan Anwar, namun ia akan menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan pentadbiran mereka.

“Simpati kepada mereka sehingga sanggup untuk menggadaikan maruah negara kerana mencalonkan pemimpin yang tidak sepatutnya? Ia tidak boleh diterima,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

PH baru-baru ini dalam konvensyen yang diadakan di Shah Alam, Selangor menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara sebelum diambil alih oleh Ketua Umum PKR, iaitu Anwar.

Sementara Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini menimbulkan persoalan banyak pihak tentang bagaimana suami isteri yang bakal menyandang dua jawatan utama pemerintahan negara selain memberi gambaran mereka ketandusan pemimpin.

Ditanya mengenai perkata itu, anaknya Nurul Izzah Anwar berkata beliau menyerahkan kepada masa untuk menentukan kelak sambil menjelaskan banyak perkara boleh berlaku dalam dunia politik yang bersifat dinamik.

“Kalau orang nak besarkan isu Tun Mahathir calon Perdana Menteri, sepatutnya mereka perlu susahkan hati mereka bila Wan Azizah jadi Timbalan Perdana Menteri.

“Saya nak tanya orang ramai, apa yang mereka lihat bila Wan Azizah pegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang? ” soalnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2018 2:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: