Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wang di Switzerland bukan milik 1MDB

14 MAC: 1MDB tidak menuntut 104 juta francs Swiss (RM430 juta) yang sedang dipertimbangkan oleh penggubal undang-undang Switzerland untuk dipulangkan kepada pemilik berhak kerana wang itu bukan miliknya atau kerajaan Malaysia, kata syarikat pelaburan strategik itu hari ini.

“Kami sebelum ini menyatakan dan mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa syarikat tidak kehilangan wang.

“Sebaliknya wang sebanyak RM430 juta itu adalah daripada denda yang dikenakan ke atas bank-bank tertentu oleh pihak berkuasa kawal selia kewangan Switzerland dan oleh itu dimiliki bank-bank berkenaan,” kata 1MDB.

Syarikat itu mengeluarkan kenyataan selepas Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghantar surat kepada Ahli-ahli Parlimen Switzerland mengenai usul wang itu yang akan dibahaskan di Majlis Kebangsaan, iaitu dewan rendah parlimen mereka, minggu ini.

Menurut kandungan surat itu, Dr Wan Azizah dan Kit Siang dilaporkan menggesa Ahli-ahli Parlimen Swiss memulangkan wang itu, yang didakwa daripada hasil kutipan 1MDB, yang disita oleh kerajaan Switzerland.

Terdahulu, terdapat laporan media antarbangsa memetik kenyataan wakil rakyat Parti Demokrasi Sosial Switzerland, Carlo Sommaruga yang bakal mengemukakan usul di Majlis Kebangsaan mencadangkan wang dipulangkan kepada Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2018 7:49 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: