Kategori Berita Utama

Wang sumbangan lebih terjamin dalam akaun Presiden

4 OGOS : Ahli UMNO bersetuju dengan amalan menyalurkan sumbangan politik ke dalam akaun peribadi presiden parti lantaran sumbangan yang disalurkan ke dalam akaun pemegang amanah sebelum ini telah membawa kepada pelbagai kerumitan.

rahman dana“Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyerahkan aset parti kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menghadapi masa sukar kerana ahli proksi tidak mengisytiharkan dana tersebut sebagai milik parti.

“Sesetengah ahli yang melalui perceraian berdepan situasi di mana pasangan mereka mengisytiharkan aset tersebut bukan milik UMNO,” kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam program bicarawara televisyen tempatan, Selasa malam.

Menurutnya, beliau dan ahli-ahli parti berasa lebih yakin dengan keselamatan dana yang disalurkan dalam akaun presiden.

“Adalah menjadi tanggungjawab presiden parti untuk mencari dana bagi membiayai aktiviti parti.

“Mengapa saya tidak gembira jika presiden saya dibuktikan tidak bersalah.

“Malah jika beliau melakukan kesalahan tersebut, Allah melarang, tidak ada keperluan Clare Brown atau Wall Street Journal (WSJ) kerana ahli UMNO sendiri akan mendedahkan isu ini,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Beliau yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, seorang penderma yang berhati serta bersifat mulia tidak akan mengenakan sebarang syarat.

“Sebelum ini, wang disalurkan kepada pihak tertentu, mereka tertakluk kepada syarat dan ia menjadikan perjanjian tersebut tidak sah.

“Ia adalah sama seperti kita memberikan wang kepada warga Palestin dan Gaza kerana kita percaya dalam perjuangan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 12:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: