Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wanita BN Sabah sudah kemuka 20 calon PRU14

29 JUN: Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Armani Mahiruddin sudahpun mengemukakan senarai 20 calon terdiri daripada muka lama dan baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata senarai calon berkenaan telah dikemukakan kepada Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk pertimbangan.

“Semua calon ini mempunyai kewibawaan dan saya yakin dengan potensi mereka untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya semalam.

Armani, selaku Ketua Wanita UMNO Sabah, berkata jentera wanita UMNO dan BN yang merupakan tulang belakang parti sentiasa beradadalam keadaan bersedia sekiranya PRU14 diadakan pada bila-bila masa, sekali gus membantu parti menang besar dalam pilihan raya itu.

“Kami juga sentiasa turun padang dari semasa ke semasa bertemu rakyat. Selain itu, pendekatan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) juga memberi nilaitambah kepada usaha kita mendekati rakyat,” katanya.

JR Plus menggabungkan jentera pilihanraya sayap UMNO Wanita, Pemuda dan Puteri serta turut melibatkan penyertaan partikomponen BN dan sayap masing-masing.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau juga akan dipilih sebagai calon baharu, Armani menyerahkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 June 2017 12:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: