Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wanita hamil 3 bulan maut digilis lori

10 NOV: Seorang ibu mengandung tiga bulan maut digilis lori di persimpangan M-Residence, Bandar Tasik Puteri Rawang malam tadi.

Dalam nahas yang berlaku jam 7 malam itu berlaku, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Mangsa dikenali sebagai Noorazlia Idris, 26, bertugas sebagai jururawat di sebuah pusat dialisis di sekitar Rawang.

Jururawat itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Polis dilaporkan sudah mengambil keterangan pemandu lori berkenaan dan kes itu disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 10:46 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: