Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wanita maut jatuh perigi

28 MEI: Wanita berusia 52 tahun lemas selepas terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Pekan Gurney, Perak pagi tadi.

Yep Mee Huong disedari sudah terjatuh ke dalam perigi, sebelum ahli keluarganya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Azmi Mohd Yusof berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan jam 7.40 pagi.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa sudah berada di dalam perigi itu dan seorang anggota dikerahkan turun ke dalam perigi dengan menggunakan tali untuk membawa keluar mangsa.

“Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit dan pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya kepada sebuah portal berita.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.20 pagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 May 2017 12:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: