Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Waran tangkap terhadap dalang SSKM

11 FEB : Mahkamah Majistret Sabah mengeluarkan waran tangkap terhadap Doris Jones, dalang di sebalik pergerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) untuk beliau hadir di mahkamah 16 Februari ini bagi menjawab pertuduhan yang dikenakan mengikut Akta Hasutan.

sskmPesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman yang mengesahkan perkara itu berkata, Doris dipercayai telah lama keluar dari Malaysia dan status kewarganegaraannya juga tidak jelas kerana telah lama hidup di luar negara.

Wanita berusia 46 tahun itu dikehendaki kerana perbuatan menghasut secara aktif dalam Facebook dan media sosial.

“Doris dipercayai telah mengadakan aktiviti berbaur hasutan melalui platform media sosial seperti Facebook miliknya iaitu SSKM,” katanya.

Pihaknya bagaimanapun masih belum dapat memastikan sama ada aktiviti itu dijalankan di luar atau dalam negara.

Status profil Facebook Doris mendakwa beliau adalah warga Sabah yang kini menetap di United Kingdom dan bekerja di bidang perundangan.
doris n tony“Ada mengatakan wanita ini di London atau Eropah. Kami sentiasa dalam keadaaan peka dengan pergerakan wanita ini,” tambahnya.

Menurut Jalaluddin, satu pasukan khas ditubuh bagi menyiasat kenyataan berbaur hasutan dan SSKM di media sosial dengan 126 kertas siasatan sudah dibuka.

“Semuanya telah diserahkan ke pihak pendakwaraya dan polis memandang serius berhubung perkara itu,” katanya.

Pihaknya juga mengikuti perkembangan dan perjalanan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit SSKM kerana dikesan semakin aktif mengedarkan petisyen mendapatkan sokongan orangramai.

Kesemua, sembilan aktivisi SSKM yang ditahan di pasar Tamu di Tuaran pada 1 Feb. lalu dan lima lagi yang ditahan di Lahad Datu pada 7 Feb. katanya, lalu sudah dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 February 2015 1:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: