Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Warga asing ceroboh laut, SPRM tahan anggota APMM

6 NOV: Seorang wanita warga Vietnam bergelar Datuk dan enam penjawat awam adalah antara 22 individu yang ditahan semalam dalam satu operasi secara besar-besaran bagi membongkar isu pencerobohan nelayan asing di perairan negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata dalam operasi yang dikenali sebagai Ops Armada itu, lima anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) dan seorang kakitangan Jabatan Perikanan turut ditahan.

“Selain itu, sebanyak sembilan rakyat tempatan yang berperanan sebagai orang tengah dan enam orang lagi warganegara Vietnam termasuk seorang wanita ditahan.

“Dalam operasi yang dijalankan secara bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia itu, kita juga merampas wang tunai berjumlah RM1.9 juta iaitu wang rasuah dan membekukan 44 akaun bank berjumlah RM2 juta,” katanya  di Putrajaya hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah APMM, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar.

Menurut Dzulkifli, sebanyak sembilan penahanan dibuat di Pahang, Sabah (lima), Sarawak (empat), Terengganu (tiga) dan Labuan (satu).

Katanya, kesemua suspek akan mendapat perintah reman di negeri-negeri berkenaan hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 November 2017 3:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: