Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis jejaki lelaki upah warga emas hantar surat kepada Speaker

7 FEB: Identiti penghantar surat palsu mengenai pengumuman keluar parti ADUN PKR Hutan Melintang, S. Kesavan sudah dikenalpasti selepas seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun tampil mengaku menyerahkan surat berkenaan.

Warga emas yang dikatakan aktivis PKR itu sudah memberi kenyataan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Khamis.

Polis kini sedang menjejaki seorang lelaki yang mengupah warga emas berkenaan mennghantar surat dari Kajang ke Ipoh - Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Perak

Polis sedang jejak lelaki upah warga emas ..Acryl Sani.

Beliau yang menetap di Seri Kembangan, Selangor mendakwa telah diupah untuk menyerahkan surat itu ke pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya ketika menghadiri satu program politik di Kajang.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan perkara ini berkata, pihaknya kini sedang berusaha mengenal pasti lelaki yang didakwa memberikan surat tersebut kepada warga emas terbabit.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis setakat ini telah merakam percakapan Kesavan serta beberapa orang kakitangan di Pejabat Speaker DUN Perak, selain warga emas berkenaan.

Surat palsu keluar parti Kesavan diterima Pejabat Speaker DUN Perak pada 4 Februari lalu dan serentak itu disebarkan di internet pada hari yang sama sebelum Kesavan serta PKR menafikan berita  itu pada sebelah petangnya.

Speaker DUN Perak, Datuk SK Devamany keesokannya mengarahkan kerani pejabat beliau membuat laporan polis kerana menyifatkan penghantaran surat palsu itu mencemarkan kemuliaan DUN.

Pada Khamis, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut menyokong langkah membuat laporan polis serta berharap kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak, termasuk di Pejabat Speaker dapat membantu polis mengenalpasti penghantar surat berkenaan segera.

Mungkin menyedari imejnya dirakam CCTV ekoran kenyataan Zambry, warga emas berkenaan bergegas ke IPD Ipoh pada petang hari yang sama.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2014 2:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: