Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Warga emas Parlimen Sekijang terima pemeriksaan kesihatan percuma

21 DIS: Seramai 600 warga emas di kawasan Parlimen Sekijang menerima manfaat melalui program pemeriksaan kesihatan serta menerima cermin mata percuma.

Ahli parlimennya, Anuar Abdul Manap berkata program kali ketiga tahun pada Ahad lalu bertujuan meringankan beban golongan berkenaan.

“Kita nak beri suatu benda yang mereka boleh pakai lama, kita tak beri dalam bentuk wang, tapi benda yang kekal lama mereka boleh gunakan sekiranya dijaga dengan elok, jadi kita memberi perhatian kepada golongan warga emas dengan memberi cermin mata untuk mereka bagi memudahkan penglihatan mereka.

“Walaupun tidak berapa nilainya tetapi itu adalah sumbangan yang saya rasa dapat mengurangkan beban mereka daripada mengeluarkan kos untuk membeli cermin mata,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Sementara itu, golongan ibu yang memiliki bayi yang baharu lahir turut diberikan hamper berbentuk barangan kesihatan.

Dalam program yang diberi jolokan #Sekijangnewborn itu, seramai 100 bayi menerima hamper dan ia merupakan program bulanan parlimen Sekijang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2017 3:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: