Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Warga PNB terima saguhati RM2,000

15 MAC: Sempena sambutan ke-40 Permodalan Nasional Berhad (PNB), Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian saguhati istimewa RM2,000 kepada setiap warga syarikat itu.

“Untuk sambut 40 tahun ini, bukan senang bukan selalu kita boleh sebut 40 tahun, jadi sempena menyambut ulang tahun ini, saya ingin umumkan saguhati istimewa sebanyak RM2,000 kepada setiap warga PNB yang akan dilaksanakan pada Mei ini.

“Jadi, raya pun boleh disambut dengan meriah sekali lagi ucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-40 kepada semua warga PNB, dan saya yakin masa depan PNB akan terus cemerlang,” katanya dalam ucapan pada sambutan ulang tahun ke-40 PNB di ibukota hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Pada masa,Perdana menteri turut mengucapkan tahniah atas kejayaan PNB mengekalkan pencapaian sepanjang penubuhannya dengan aset terkini mencapai RM279 bilion.

Najib berkata PNB selama ini memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar-dasar induk kerajaan umpamanya Dasar Ekonomi Baharu (DEB) khususnya dalam usaha mengagihkan kekayaan negara secara saksama kepada semua rakyat.

“Prestasi dan kejayaan PNB adalah satu kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kejayaan PNB juga boleh diukur dari sudut menjayakan dasar induk kerajaan bermula dengan DEB khususnya dalam aspek pengagihan kekayaan negara,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 March 2018 8:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: