Kategori Berita Antarabangsa

Wartawan CCTV ditahan miliki senjata perang

30 MEI: Wartawan warga Britain berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand disebabkan memiliki topeng gas dan plat besi bagi jaket kalis peluru tanpa mempunyai lesen.

“Warga British ditahan dan dituduh memiliki senjata perang secara haram pada malam semalam di lapangan terbang,” kata jurucakap polis Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Somchart Maneerat kepada AFP, hari ini.

Ketika ditahan, Tony Cheng (foto) yang berkhidmat dengan stesen penyiaran China, CCTV sedang dalam perjalanan ke Mosul, Iraq.

Beliau ditahan bersama rakan sekerjanya, iaitu warga Jerman, Florian Witulski.

Sebelum ini, mereka pernah membuat liputan keadaan perang antara tentera kerajaan dan kumpulan militan Daesh di Mosul pada Mac lalu.

Cheng didakwa melanggar Undang-Undang 1987 dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, iaitu undang-undang yang dikritik hebat kumpulan media.

Dalam pada itu, Witulski sudah dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan, manakala, Cheng dibebaskan tengah hari tadi, selepas isterinya membayar wang jaminan sebanyak AS$3,000 (RM12,848) serta menyerahkan pasportnya

Sementara itu, pemilikan topeng gas dan jaket balistik diklasifikasikan sebagai ‘senjata perang’ mengikut undang-undang negara berkenaan dan memerlukan lesen, iaitu sesuatu yang sukar untuk diperoleh walaupun sering digunakan oleh wartawan di seluruh dunia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 May 2017 7:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: