Kategori Berita Antarabangsa

Wartawan Malaysia, Singapura guna dron ditahan polis Myanmar

28 OKT: Pihak berkuasa Myanmar menahan dua wartawan dari Malaysia dan Singapura kerana menggunakan dron untuk mengambil gambar.

Memetik laporan Channel NewsAsia, Media Myanmar mengenal pasti wartawan yang ditahan sebagai Mok Choy Lin, 47, dan warga Singapura Lau Hon Meng, 44.

Portal berita itu berkata wartawan Singapura terbabit berkhidmat dengan Radio dan Televisyen Turki.

Kementerian Penerangan Myanmar berkata wartawan itu mahu mengambil gambar bangunan parlimen dan pagoda di ibu kota Nay Pyi Taw.

Kementerian itu berkata mereka telah memaklumkan kedutaan Malaysia dan Singapura mengenai penahanan itu.

Siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan, tambah portal itu.

Dron semakin popular di kalangan wartawan untuk mengambil gambar dari udara dan sering digunakan di zon bencana atau tempat yang tidak dapat diakses.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2017 3:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: