Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wartawan NST cedera dirempuh kereta peronda polis

21 SEPT: Seorang wartawan akhbar New Straits Times (NST) cedera selepas motosikal ditunggangi dirempuh kenderaan peronda polis berhampiran Plaza Tol PJS 5, dekat Lebuhraya Pantai Baru (NPE), petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Fernando Fong Kee Soon, 37, dalam perjalanan ke pejabat di Balai Berita, Bangsar.

Ketika kejadian, kenderaan peronda polis jenis PROTON Preve itu dikatakan sedang mengejar sebuah kenderaan lain di lebuh raya berkenaan dan secara tidak sengaja merempuh mangsa yang baru keluar dari susur lorong motosikal.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dari motosikal dan cedera di muka serta dan badan.

Anggota polis terbabit menghentikan kenderaan lalu membantu mangsa sebelum menghubungi ambulans.

Mangsa kini dirawat di Zon Kuning Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan keadaannya dilaporkan stabil.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Ali Thamby, yang mengesahkan kejadian berkata, anggotanya sedang membantu unit peronda MPV Selangor mengejar sebuah kenderaan suspek.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 September 2017 9:12 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]