Kategori Berita Antarabangsa

Wartawan seludup manusia berdepan 60 tahun penjara

29 MAC: Seorang wartawan warga India berdepan tuduhan menyeludup manusia selepas tiba di Lapangan Terbang Brisbane, Australia bersama lapan yang lain yang mendakwa pengamal media untuk membuat liputan temasya Sukan Komanwel.

Laporan SCMP menyebut, kesemua mereka ditahan dan disoal siasat Pasukan Tindakan Sempadan Australia (ABF) sebaik tiba di Brisbane.

“Lapan individu itu didapati memiliki dokumen palsu media asing, bagaimanapun warga India berusia 46 tahun itu mempunyai kelayakan sah disyaki membantu perjalanan kumpulan itu,” kata pasukan penyiasat kes itu.

Lelaki berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Brisbane pada Khamis untuk direman dan dijangka dibicarakan pada 6 April ini.

Warga India itu berdepan dakwaan menyeludup manusia, memiliki dokumen palsu serta memberi maklumat salah berkaitan warga asing.

Hukuman maksimum bagi setiap pertuduhan boleh mencapai sehingga penjara 20 tahun.

Bagaimanapun, lapan lelaki lain ditahan di pusat tahanan imigresen.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 March 2018 5:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: