Kategori Berita Antarabangsa

WHO tarik pelantikan duta muhibah Mugabe

23 OKT: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menarik kembali pelantikan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sebagai duta muhibah selepas badan dunia itu berdepan dengan pelbagai kritikan dan kemarahan dunia berikutan keputusan itu.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya terpaksa menarik kembali pelantikan tersebut selepas menimbangkan keputusan itu dari pelbagai sudut.

“Setelah meneliti semua aspek selain daripada mendengar kritikan dan cadangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak, kita membuat keputusan yang kita anggap terbaik untuk WHO.

“Kita menarik kembali pelantikan ini berkuatkuasa serta merta,” katanya.

Tedros ketika melantik Mugabe telah meminta pemimpin berusia 93 tahun itu berperanan dalam usaha membantu menangani penyakit tidak berjangkit seperti serangan jantung, angin ahmar dan asma di seluruh Afrika.

Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan kekeliruan dan kemarahan dalam kalangan negara anggota WHO selain daripada aktivis yang menyatakan sistem penjagaan kesihatan Zimbabwe seperti banyak perkhidmatan awam lain tidak berfungsi di bawah pentadbiran kuku besi beliau selama 37 tahun.

Sebelum ini, ketika pengumuman pelantikan berkenaan di ibu negara Uruguay minggu lalu, Tedros memuji Zimbabwe sebagai negara yang meletakkan liputan kesihatan universal dan promosi kesihatan pada tumpuan dasarnya untuk menyediakan penjagaan kesihatan kepada semua. – AFP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 9:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: