Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wisma Putra hantar nota minta bantuan negara luar

17 Mac : Wisma Putra menghantar nota diplomatik kepada semua negara di koridor utara dan selatan serta negara lain berhubung bantuan yang diperlukan Malaysia dalam misi mengesan pesawat MH370.

Nota itu menyenaraikan bantuan yang diperlukan termasuk maklumat  radar dan satelit; operasi mencari di darat, laut dan udara serta pelan tindakan  mencari dan menyelamat di negara berkenaan.

Permohonan bantuan itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  pada Sabtu lalu apabila operasi mencari MH 370 kini tertumpu di dua koridor tersebut.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein,  berkata Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar aset masing- masing ke koridor selatan Lautan Hindi bagi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 7 Mac lalu.

mh370lencongKatanya, bilangan negara yang menyertai operasi dan menyelamat (SAR) kini meningkat kepada 26 negara berbanding 14 negara sebelum ini.

Antaranya  Australia, Bangladesh, Brunei, China, Perancis, India,

Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Laos, Myanmar, New Zealand, Pakistan, Filipina, Russia, Singapuara, Korea Selatan, Thailand, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat, Uzbekistan dan Vietnam.

Operasi mencari dan menyelamat 239 penumpang dan kru MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing, China pada 7 Oktober lalu kini memasuki fasa baharu apabila diperluaskan secara rasmi ke dua koridor sejak kelmarin.

Sementara itu, pegawai kanan pihak berkuasa Malaysia yang terbabit dalam pencarian itu  mengadakan mesyuarat di Hotel Sama-Sama.

Mesyuarat tertutup ini dihadiri Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainudin

dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin selain wakil Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Mesyuarat  turut disertai wakil Kedutaan China di Kuala Lumpur kerana majoriti penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 itu adalah warga negara berkenaan.

Dalam pada itu, kerajaan Australia akan melancarkan misi pencarian MH370 di ‘zon vektor selatan’ atas permintaan Malaysia bermula hari ini.

Menurut Perdana Menteri Tony Abbott, Datuk Seri Najib meminta Australia mencari di kawasan terbabit yang dipercayai merupakan laluan pesawat yang hilang itu.

Bagaimanapun Abbott tidak menjelaskan secara terperinci kawasan vektor selatan yang dimaksudkan, namun lokasi tersebut dipercayai kawasan perairan berdekatan Perth.-bnbbc.my

 

 

 

 

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 5:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: