Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Wisma Putra pantau insiden di Jakarta

25 MEI: Tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam dua insiden letupan bom di Terminal Bas Kampung Melayu, Jakarta Timur, Indonesia malam tadi.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapi insiden berkenaan bersama pihak berkuasa Indonesia.

“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan kejadian adalah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan diri dengan pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta,” tegas Wisma Putra, Khamis.

Dalam kejadian jam 9 malam waktu Wilayah Indonesia Barat, tiga anggota polis terkorban, manakala lebih 10 orang dilaporkan tercedera selepas bom dipercayai didalangi pengganas meletup.

Sementara itu, Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) dalam satu kenyataan bersimpati dengan kejadian berkenaan.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa gerakan kesederhanaan global diperlukan dalam mempromosikan suara keamanan dan kesederhanaan bagi menangani kejadian seumpama itu berulang di masa hadapan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 May 2017 2:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: