Kategori Berita Utama

Wujudkan semula ISA, elak konflik agama tambah parah

11 JAN: Keputusan sama ada untuk melaksanakan semula ISA terletak di tangan kerajaan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Itu adalah urusan kerajaan, kerajaan harus memutuskan sama ada ia (ISA) dilaksanakan semula atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perasmian Tahun Perundangan 2014 di Putrajaya.

Tan Sri Abdul Gani Patail Peguam Negara

Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara

Cadangan pelaksanaan semula ISA ditimbulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bagi menangani tindakan puak ekstremis minoriti yang menjejaskan kestabilan negara.

Beliau menyifatkan segelintir puak pelampau ini sebagai kumpulan yang tidak matang dan sanggup mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati yang mengganggu keharmonian dan sensitiviti kaum lain di negara ini.

Cadangan beliau mendapat sokongan penuh daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan perlunya undang-undang yang kuat seperti ISA dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua pihak dalam negara.

Turut menyokong pandangan Tun Dr Mahathir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Kata Noh, soal keselamatan negara ini suatu perkara yang serius dan berbeza mengikut suasana dan keadaan di mana sejak ISA diperkenalkan senario ancaman yang dihadapi oleh negara dan kerajaan sering berubah.

“Jika dulu, kita berhadapan dengan ancaman komunis, kemudian timbul pula krisis perkauman yang mencetuskan tragedi 13 Mei. Selepas itu kita (kerajaan) berdepan pula dengan ektremis agama seperti Jemaah Islamiah (JI).

Datuk Seri Noh Omar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor

“Akan datang saya melihat konflik agama yang sudah wujud sekarang ini akan bertambah parah dan soal keselamatan perlu dipertingkatkan sebelum ianya menjadi bertambah serius,” kata beliau ketika dihubungi BNBBC.MY, Sabtu.

Ahli Parlimen Tanjung Karang itu berpendapat walaupun Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) relevan tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu diikuti yang boleh mengekang kerajaan daripada mengambil tidakan yang berkesan.

Tambah Noh, SOSMA dan PCA sesuai untuk keadaan yang tertentu tetapi untuk menangani konflik agama ini perlu adanya undang-undang yang lebih tegas seperti ISA.

“Takkan kita hanya hendak berdiam diri terhadap mereka yang terang-terang melanggar undang-undang? Mereka begitu berani mencabar kita (kerajaan). ‘Api’ seperti ini tidak boleh dibiarkan,” tegas Noh.

Beliau juga menolak tanggapan kerajaan akan dianggap ‘flip flop’ (sering berubah secara mendadak) sekiranya ISA diwujudkan semula kerana undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan keselamatan wajar berubah-ubah mengikut situasi bagi mengawal keadaan tertentu.

Noh menjangkakan akan ada lebih banyak isu-isu sensitif yang akan ditimbulkan di masa akan datang kerana ada kumpulan yang memperjuangkan kesamarataan dan hak asasi manusia yang jelas melanggar bukan sahaja agama tetapi budaya masyarakat di negara ini.

“Jika keadaan ini berterusan, saya meramalkan mungkin wujud situasi di mana orang bukan Islam boleh mengahwini orang Islam tanpa memeluk Islam seperti yang diamalkan sekarang. Bagaimana kita hendak menghadapi keadaan ini nanti?,” soal beliau.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 January 2014 10:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: