Kategori Berita Utama

Yang di-Pertuan Agong harap keluarga penumpang MH370 tenang dan tabah

10 MAC: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menzahirkan rasa simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lalu.

“Di kesempatan ini, Beta dan Raja Permaisuri Agong bersama rakyat Malaysia amat prihatin terhadap insiden yang berlaku ke atas pesawat MH370 Penerbangan Malaysia ke Beijing pada Sabtu, 8 Mac,” titah Tuanku Abdul Halim.

IMG-20140310-WA0015Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-13 di ibu negara, Isnin.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tuanku Abdul Halim juga berharap agar anggota keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat dapat bertenang dan tabah menerima ketentuan tersebut.

Penerbangan MH370 tersebut terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China serta 38 rakyat Malaysia.-bnbbc.my

Peta Lokasi Last Signal MH370

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2014 12:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: