Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Yang Dipertua P.Pinang stabil

10 NOV: Yang Dipertua Pulau Pinang dilaporkan semakin pulih selepas menjalani pembedahan pada 22 Oktober lalu.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata bahawa Tun Abdul Rahman Abbas masih menerima rawatan susulan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Beliau dimasukkan ke hospital pada 20 Oktober lalu berikutan mengalami kesakitan di bahagian perut.

“Keadaannya kini semakin stabil, mohon semua rakyat mendoakan kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rahman, 79 (foto) yang juga bekas guru, dilantik sebagai yang dipertua negeri sejak Mei 2001.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 November 2017 3:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: