Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

YB pun tengok iklan ubat kuat

Jawapan Menteri Kesihatan mengenai punca utama lambakan iklan ubat kuat lelaki di laman media sosial mengundang gelak ketawa ahli-ahli Dewan Rakyat pagi Khamis.

Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengatakan antara punca mengapa banyak iklan-iklan seperti itu disebakan ada rakyat di negara ini seperti Yang Berhormat mencari iklan-iklan yang mengedarkan ubat-ubat yang sedemikian.

“Punca bermula daripada itu…kalau tidak ada permintaan, tidak ada pembekalan.ubatkuat

“Perkara itu boleh dikawal iaitu melalui meningkatkan kesedaran dikalangan rakyat supaya jangan gunakan media sedemikian untuk mendapatkan ubat-ubat,” kata beliau dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng yang mahu tahu punca utama lambakan laman web berkenaan kerana berdasarkan carian beliau dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak dua juta, bahasa Inggeris 11 juta dan bahasa Cina sebanyak 500 ribu laman web.

Liang juga mencadangakan satu agensi atau jawatankuasa khas ditubuhkan di bawah KKM supaya pemantauan dapat dibuat dengan kerap dan media sosial tidak digunakan sebagai alat untuk menjual ubat larangan.

Menurut Subramaniam, sebanyak 163 laman web menjual ubat haram telah disenaraikan untuk disekat dan ditutup daripada diakses oleh orang awam sepanjang operasi yang bermula dari 18 sehingga 25 Jun 2013.

Beliau berkata kejayaan operasi pemantauan tersebut adalah hasil kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Operasi ini dijalankan secara bersepadu dan turut melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan dari lebih 100 negara diseluruh dunia dan dikoordinasikan oleh Interpol.

“Disamping operasi-operasi yang dijalankan secara berkala, KKM juga sentiasa memantau kewujudan laman web dan laman sosial yang melanggar akta-akta yang dikuatkuasakan dari segi penjualan dan pengiklanan,” kata beliau.

Tambah Subramaniam pembelian ubat melalui laman web ini kadangkala memudaratkan kesihatan pengguna kerana kemungkinan mereka mendapat ubat palsu yang memberi kesan teruk akibat penggunaan ubat tersebut. 3/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 October 2013 6:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: