Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Yee Cheu sertai parti baharu tanding di Sg.Pinang

8 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang mengumumkan keluar DAP secara rasmi semalam akan bertanding di bawah parti politik baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang mula menyertai DAP pada tahun 2000 dan menjadi wakil rakyat Tanjung Bungah selama dua penggal akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pinang kali ini.

Menurut Yee Cheu, keputusan bertanding semula diambil selepas berasakan penduduk negeri ini memerlukan pihak ketiga untuk memastikan keseimbangan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang kini dilihat dimonopoli parti politik tertentu.

Terdahulu, dalam majlis pagi ini, Yee Cheu turut menyerahkan surat peletakan jawatannya daripada DAP dan kad keahlian parti itu kepada Pengerusi DAP Seri Tanjung Bungah, Lim Cheng Ho.

Yee Cheu sebelum ini mengumumkan beliau akan meninggalkan DAP sebaik sahaja Parlimen dibubarkan selepas mengakui tidak lagi selari dengan perjuangan parti berkenaan khususnya dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau juga antara wakil rakyat DAP yang lantang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri khususnya ketika sidang DUN termasuk bersetuju supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng meletak jawatan kerana dituduh rasuah dan mendesak supaya jawatan Ketua Menteri dihadkan hanya dua penggal.

Ekoran kelantangannya itu, Yee Cheu ditekan kerajaan negeri dan pemimpin DAP termasuk disekat peruntukan bagi pusat khidmatnya selain kakitangannya turut dipecat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 April 2018 2:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: