Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

YKN wujud tabung khas bantu gelandangan

15 JAN: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) akan memperluas lagi skop perkhidmatan sosial yang sebelum ini fokus kepada bantuan perkhidmatan sosial dengan penubuhan Anjung Singgah iaitu pusat khidmat sosial bagi menangani isu ‘rakan jalanan’.

Mengumumkan perkara tersebut, Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata skop perkhidmatan sosial itu adalah membantu anak-anak yatim di bawah institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya projek rintis pertama itu akan dilaksanakan di Anjung Singgah Kuching, Sarawak pada tahun ini.

“Ia adalah satu inisiatif baru dimana perkhidmatan sosial tersebut untuk mereka yang terpaksa keluar daripada institusi tersebut apabila berumur 18 tahun dan keatas.

“Mereka akan dibantu dari segi pendidikan, kebajikan dan kerjaya masa depan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Friends of YKN 2017 di Putrajaya, Selasa.

Dalam pada itu, Rohani turut menjelaskan bahawa YKN turut meneroka satu inisiatif baru dengan mewujudkan Tabung Pendidikan atau tabung khas untuk bantuan pendidikan ke pusat pengajian tinggi, kolej dan asrama penuh.

“Hasil daripada tabung ini akan disalurkan untuk membiayai pendidikan anak-anak kumpulan sasar seperti anak-anak rakan jalanan yang tercicir dalam pendidikan, anak yatim piatu dan orang miskin atau daripada keluarga yang terbiar dan bermasalah,” jelasnya.

Salah satu program bantuan pendidikan ini juga ialah bagi membiayai anak-anak ‘rakan jalanan’ yang beragama Islam ke pusat tahfiz.

Dalam hal ini Restoran Umai telah tampil untuk menjadi premis pertama yang memberikan hasil penempatan tabung YKN digunakan untuk membiayai pelajar tahfiz.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2018 6:54 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: