Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

YTH agih RM300,000 di Tangga Batu

13 JUN: Selepas menyumbang di beberapa lokasi lain diseluruh negara melalui program ziarah kasih Ramadan, Yayasan Tabung Haji (YTH) berkunjung ke kawasan Parlimen Tangga Batu, Melaka hari ini, bagi mengagihkan bantuan kepada golongan terpilih di negeri itu.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Rahim berkata program ini adalah kerjasama dengan Biro Keahdilan Daftar Pemilih dan Kerajaan negeri.

“Objektif kami adalah membantu golongan kurang berkemampuan untuk menyambut Ramadan seperti orang lain.

“Pada hari ini, bantuan RM300,000 diagihkan kepada golongan fakir, anak yatim, warga emas dan ibu tunggal di sini,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sementara itu, program berkenaan bermula jam 5 petang tadi, berakhir sebelum waktu berbuka puasa.

Antara yang turut hadir adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Haron serta pemimpin masyarakat setempat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 8:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: