Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Yussibnosh Balo angkat sumpah ADUN baru Balingian

4 APR: Yussibnosh Balo, calon  Barisan Nasional (BN) yang menang pada Pilihan Raya Kecil  (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian 29 Mac lalu pada Jumaat mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan berkenaan di hadapan Speaker Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar.

Majlis mengangkat sumpah berlangsung di persidangan DUN di Kuching dan disaksikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Turut hadir isteri Adenan, Puan Sri Dato’ Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani serta beberapa menteri, timbalan menteri dan wakil rakyat Barisan BN.

Yussibnosh, 48, seorang bekas pegawai daerah memperoleh 8,194 undi dalam PRK DUN Balingian berbanding calon PKR, Abdul Jalil Bujang yang mendapat 1,283 undi, sekaligus muncul pemenang dengan majoriti 6,911 undi.

PRK berkenaan diadakan ekoran perletakan jawatan bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ADUN Balingian dan juga ketua meteri.

Abdul Taib kemudiannya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Pada 2011, Taib berjaya mengekalkan kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR dan calon Bebas, Datuk Salleh Jafaruddin.-bnbbc.my

Yossibnosh Balo ADUN Balingian

Yossibnosh Balo
ADUN Balingian

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 April 2014 1:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: