Kategori Berita Utama

Zahid: Bekas pemimpin BN tidak sabar & mengelamun

14 MEI: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabelkan bekas pemimpin parti daripada komponen Barisan Nasional (BN) yang meninggalkan perjuangan sebagai tiada daya tahan dan kesabaran.

Beliau mendakwa pemimpin berkenaan, sama ada di peringkat nasional atau Sabah membuat keputusan yang salah kerana mereka dalam keadaan marah dan kecewa.

“Alhamdulillah, kita di dalam UMNO dan kita di dalam BN, biarpun kita diasak, biarpun kita ‘diterajang’, biarpun kita ‘disepak’ dengan pelbagai tuduhan dan fitnah, kita tetap bersama UMNO dan BN,” katanya beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri..

Beliau yang sedang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Bagandang, Beafort, Ahad.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih; dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Ahli Parlimen Beafort,

Menurut Zahid, berlainan dengan pemimpin UMNO dan BN, bekas pemimpin parti yang keluar parti kerana kecewa sering bernostalgia

“Namun dengan ‘angan-angan untuk mengecat langit’ yang mustahil untuk dilakukan kerana langit itu akan biru sebaik sahaja awan berlalu dan kebiruan langit berkenaan adalah lambang BN,” kata beliau lagi.

Zahid menambah hanya akar umbi serta pemimpin UMNO dan BN mempunyai ketabahan dan kesabaran yang tinggi, kekal setia dengan parti

“Kerana tidak ada parti lain yang boleh memperjuangkan nasib rakyat, tidak ada parti lain yang boleh memperjuangkan keperluan rakyat, tidak ada parti lain yang diharapkan rakyat boleh bergantung harap melainkan dengan UMNO dan parti-parti dalam komponen BN,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2017 1:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: